![]() |
| Segitiga Bermuda |
Segi Tiga Bermuda
Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlahkapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti olehmakhluk asing oleh budaya popular. Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya.
![]() |
| Bahtera Nabi Nuh |
Bahtera Nabi Nuh
Dalam agama Abrahamik, Bahtera Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nuh, keluarga, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran.
Sejumlah pemeluk Yahudi Ortodoks dan Kristen berdasarkan Perjanjian Lama dan umat Muslim berdasarkan Al-Qur'anmempercayai bahwa kisah ini benar-benar terjadi. Namun sebagian pemeluak Yahudi Ortodoks dan Kristen yang berdasarkan hipotesis dokumen, menyatakan bahwa kisah yang dikisahkan dalam Kitab Kejadian ini mungkin terdiri dari sejumlah sumber yang setengah independen, dan proses penyusunannya yang berlangsung selama beberapa abad dapat menolong menjelaskan kekacauan dan pengulangan yang tampak di dalam teksnya. Walau begitu, sebagian umat Yahudi Ortodoks dan Krsiten yang mempercayai kisah ini menyatakan bahwa kekacauan itu dapat dijelaskan secara rasional.
Mitos Sumeria juga menceritakan kisah seperti ini. Berbeda dengan agama Abrahamik, tokoh dalam kisah Sumeria tidak bernama Nuh namun Ziusudra. Kisah Sumeria mengisahkan bagaimana Ziusudra diperingatkan oleh para dewa untuk membangun sebuah kapal untuk menyelamatkan diri dari banjir yang akan menghancurkan umat manusia. Tidak hanya dalam agama Abrahamik dan Sumeria, kisah hapir serupa juga ditemukan di banyak kebudayaan di seluruh dunia. Memang, kisah tentang banjir ini adalah salah satu cerita rakyat yang paling umum di seluruh dunia.
Kisah Bahtera ini telah diuraikan secara panjang lebar di dalam berbagai agama Abrahamik, yang mencampurkan solusi-solusi teoretis dengan masalah-masalah praktis semisal bagaimana cara Nuh membuang kotoran-kotoran binatang, atau dengan penafsiran-penafsiran alegoris yang mengajak manusia menuju jalan keselamatan dengan mematuhi perintah Tuhan.
Pada awal abad ke-18, perkembangan geologi dan biogeografi sebagai ilmu pengetahuan telah membuat sedikit sejarawan alam yang merasa mampu membenarkan penafsiran yang harafiah atas kisah Bahtera ini. Namun demikian, para pakar kitab terus meneliti gunung dimana kapal tersebut berlabuh. Namun begitu, Alkitab menyatakan bahwa kapal itu berlabuh di daerah timur laut Turki dan Al-Qur'an berpendapat bahwa kapal itu mendarat di Gunung Judi.
![]() |
| Tentera Terracotta |
Tentera Terracotta
Tentera Terracotta (Cina ringkas: 兵马俑; Cina tradisional: 兵馬俑; pinyin: bīngmǎ yǒng; secara harfiahnya "patung-patung pengebumian kuda dan tentera") adalah Pahlawan dan Kuda Terra Cotta untuk Maharaja China pertama Qin Shi Huang. Patung-patung terracotta, bertarikh 210 SM, telah dijumpai pada tahun 1974 oleh beberapa petani tempatan berdekatan Xi'an, wilayahShaanxi, China berdekatan makan Maharaja Qin Pertama. (Cina: 秦始皇陵; pinyin: Qín Shǐhuáng di). Ketinggian patung-patung ini di antara (183–195 cm - 6 kaki–6 kaki 5in), berdasarkan peranan mereka, patung tertinggi merupakan para jeneral. Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat, dan ahli muzik. Anggaran semasa adalah dalam tiga lubang yang mengandungi Tentera Terracotta terdapat 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri, sebahagian besar darinya masih tertimbus dalam lubang. Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum dijumpai.
Pembinaan
Tentera Terracotta lengkap dengan kepala, tangan, kaki dan Torso dicipta secara berasingan dan kemudian diikat bersama. Lapan wajah cetakan digunakan.Kemudian tanah liat telah ditambah untuk memberikan ciri-ciri wajah individu. Ciri rumit seperti ekspresi wajah telah ditambah. .Formasi tentera tepat sesuai dengan pangkat dan tugas.
Mereka bervariasi tingginya, seragam dan gaya rambut sesuai dengan kedudukan. Selesai Pernis berwarna, ciri wajah individu, dan senjata aktual dan baju besi pertempuran. Senjata asli telah pudar .Ia adalah bukti jumlah tenaga kerja dan kemahiran yang terlibat dalam pembangunan mereka. Hal ini juga menunjukkan kekuatan yang dimiliki Maharaja Pertama.





No comments:
Post a Comment